
......Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
(Surah Al-Maaidah, Ayat 2)
IPIJ sentiasa berusaha menjalin ukhuwah di kalangan pelajar-pelajar muslim bagi meningkatkan kefahaman Islam serta menjaga kebajikan pelajar-pelajar. Kami amat mengalu-alukan penyertaan para sahabat dalam aktiviti-aktiviti IPIJ, semoga ikatan ukhuwah ini dapat menyuburkan suasana kehidupan Islam di bumi sakura agar dapat melahirkan insan yang seimbang duniawi dan ukhrawi, dan dapat membentuk pelajar yang benar-benar memahami dan menghayati konsep Islam yang syumul serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian sehingga berjaya membentuk akhlak mulia dan berjaya di dalam kerjaya yang diceburi.
Sertailah kami!!!

Hakcipta © 2008 - IPIJ