
Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) merupakan satu perkumpulan yang dirancang bermula awal 1998 atas rasa kesedaran sekumpulan pelajar yang mengikuti usrah semenjak di Malaysia untuk meningkatkan pemahaman terhadap Islam dan seterusnya sedikit-sebanyak menyumbang kepada perkembangan Islam. Cetusan idea ini juga digarap oleh barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam dan dengan bimbingan daripada beberapa bekas pimpinan persatuan mahasiswa Malaysia di luar negara. IPIJ yang bermula daripada kosong, mengadakan perjumpaan pertamanya pada Mei 1999 di Nagoya bagi menyusun organisasi, merangka aktiviti-aktiviti dan pelan tindakan serta telah menetapkan nama IPIJ yang sekaligus menyusur kepada penubuhan IPIJ pada perjumpaan pertama. Rentetan daripada perjumpaan pertama, IPIJ telah merancang program umum pertama yang telah diadakan di Shiga, di mana pada 10 Ogos 1999, IPIJ telah dirasmikan penubuhannya.
Penubuhan Ikatan Persaudaraan Islam Jepun ini berlandaskan kepada empat objektif utama iaitu:-
Mengamalkan dan menyebarkan ajaran
Islam.
Mengeratkan ukhwah pelajar-pelajar Islam Malaysia yang
berada di Jepun sebagai sebuah jemaah yang belandaskan ajaran Islam.
Menganjurkan program-program Ilmiah
secara lebih bersepadu dan efektif.
Melatih dan membentuk pelajar yang dinamik dan berpegang
teguh berteraskan Al-Quran dan Hadis.
Membentuk insan yang memiliki kesedaran dalam meningkatkan pemahaman Islam yang syumul sehingga berupaya membentuk akhlak mulia serta berjaya dlm kerjaya yang diceburi.
Menyediakan
wadah bagi peningkatan input agama dan akademik.
Menonjolkan
peranan IPIJ dalam isu semasa melalui program yang dijalankan
Mewujudkan
ukhuwwah di kalangan ahli-ahli untuk merealisasikan visi
Melahirkan
mahasiswa-mahasiswi yang berilmu dan beramal
Menanam
kesedaran tentang kewajipan berdakwah

Warna
Warna putih menggambarkan fitrah manusia yang suci
Warna biru menggambarkan kedamaian atau aman sesuai dengan maksud Islam.
Warna hijau melambangkan kebangkitan dan kesejagatan Agama Islam
Warna merah menggambarkan keberanian yang perlu ada dalam menyatakan yang hak dan yang batil.
Bentuk
Bulat merah menggambarkan “Hinomaru” yang menjadi lambang Jepun, di letakkan ditengah-tengah melambang IPIJ yang berpusat di Jepun.
Lapan pecahan yang sama bentuk membentuk pusingan gelungan biru menggambarkan kerjasama berterusan tanpa mengira perbezaan pangkat dan gelungan biru itu sendiri membawa maksud ikatan persaudaraan berlandaskan Islam.
Bulatan hijau yang menjadi latar belakang logo menggambarkan dasar IPIJ adalah Islam yang sejagat dan kelopak bunga sakura putih menggambarkan Jepun yang menjadi medan pembelajaran IPIJ.
Hakcipta © 2008